Reunion Hot Divas*kononnya*

Assalamualaikum.. 안녕하세요!
Yesterdayyyy, I went to Puncak Mutiara with my friend. Gila dah 2 tahun tak jumpak!*Suaidah tolak tepi* Sampai-sampai je, terus acri mane diorang duduk, mane, mane?(kl-speak detected) So,disebabkan diorang tk sampai lagi,maka aku pun carilah tempat utk melabuhkan sila setelah menilau-nilau macam orang tak cukup umur. 

Tunggu punya tunggu, insan-insan yang bertuah tiba juga!*yeay* Jumpa-jumpa je, teruslah buka sila dan bercakap terus. Well, ada dua masa kita boleh berhenti cakap; 1.dalam toilet 2.mengisi perut dgn makanan waktu rehat sekolah; biaselah bila dah lama tak jumpaaaa, cakap mmg lah banyak. Kuat pulak tu sampaikan pakcik-pakcik Korporat tengking suruh diam sikit. 

Jadi, sebagai manusia yang prihatin dgn org lain, aku pun mengajak kawan2 aku ke tempat yang jauh sikit. Duduk punya duduk ada kambing lah pulak yang nak berkenalan. Bau dah la wangi. Setelah bertekak apa yg nak dimakan, kiorang pun order. Lepas tu, bau tu semakin kuat rasanya, kami bertegas utk berpindah ke tempat lain. Melilau melilau smpailah ada worker kat situ tanya; "Nak cr tempat duduk ke?" "Aaa,ya. kami nak yg tak exposed to ramai orang sngat. Yang boleh bising."*jujur je*

Maka pakcik worker bawak ke belakang. Hamek kau, dekat dengan dapur. Swimming pool juga! Yeayyyyyyyyy! Kitorang main game dan chat chat chat chat chat chat. Dah besar rupanya anak-anak mak. Haihhh, 15 tahun dah rupanya. ambik UPSR sama-sama. Semua betul-betul dah besar. Dan matang*aku je yg masih childish hmm nak buat macam mana fikiran masih kecil lagi bab-bab dunia dan hubungan*

Kitorang duduk situ sampai jam 4.30 ptg lalu decided utk pegi bayar. MAK AAAIIIII, MAHALNYA! 6 orang makan, RM93.10 ! "Hahahaha, berbaloilah makan pun grand-grand nak murah pulak tabuh kang."*ayat utk menyedapkan hati* Lepas tu, kitorang dgn muka tktau malu pegi lepak dekat swimming pool. Tangkap gambar segala bagai. Fatini(kawan aku sampai hujung nyawa) bawak keluar album kitorang waktu year 6. Kitorang pose sebijik macam pose dalam album tu. Haihhh, besar dah anak-anak mak. Semua jadi model tak bertauliah. -_______________________________________-

Jam 5.30 ptg kitorang decided to walk back home. Lalu sebelah rumah lama aku kat kampung, aku cakap lah kat diorang yg ni rumah aku dulu. Tetiba "Perasan tak, setiap kali lalu sini waktu darjah 6 mesti 'Alyaa citer pasal rumah dia" "Hei hei. Ye ke? Tkpelah nak bg hampa ingat"*malu* 

Sampai dekat simpang, aku dgn Sue kena ikut simpang lain diorang berempat simpang lain, haihhh. Bila lagi nak jumpa? Diorang lah yg bg aku semangat waktu sekolah dah habis sebelum masuk sekolah menengah. They are awesome. Daebak. Indeed, I'll miss them :)